Wednesday, February 26, 2014


Salam Perkenalan 

Sebelum kita pergi lebih jauh eloklah kiranya terlebih dahulu saya perkenalkan diri dan pengalaman kerja sehingga menjadi usahawan. Saya anak ke 9 dari 9 adik beradik yang berasal dari Tapah Perak. Sudah berkahwin dengan dianugerahkan 6 orang anak yang comel dan baik. 

Sekarang saya menetap di negeri Melaka. Berpendidikan dalam bidang Sains Komputer, pernah menjawat jawatan yang agak baik sebagai Ketua Unit Komputer di syarikat Koperasi Kakitangan Petronas dan Ketua Operasi di bahagian Helpdesk Center, anak syarikat Heitech Padu Berhad. Bakat saya tidak begitu menyerlah dalam bidang pekerjaan mungkin kerana saya sangat berminat untuk berniaga dan menjadi usahawan.

Pada awal 2001 saya mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dalam bidang insuran dan takaful, saya juga berjaya mendapat beberapa anugerah dan kejayaan semasa menjual Takaful sehingga dihantar ke China untuk melancong. Setelah 5 tahun bergiat sebagai perunding takaful saya beralih arah kebidang peruding kewangan yang lain iaitu sebagai agen pinjaman peribadi untuk penjawat awam. 

Walaubagaimanapun perniagaan ini tidak bertahan lama, semakin hari semakin kurang jualannya berikutan daripada perubahan syarat-syarat yang di tetapkan oleh kerajaan terhadap koperasi yang memberi pinjaman. Syarat pinjaman semakin ketat dan peminjam semakin sukar dicari. Bagi mengelak menjadi lebih teruk lagi, sekali lagi saya beralih perniagaan. Kali ini saya menceburi bidang makanan dan minuman pula.


No comments:

Post a Comment