Tuesday, February 25, 2014



AKU MAHU BANGKIT

Assalamualaikum wbt, Dengan nama Allah yang Maha Permurah dan Maha Mengasihani…


Bermula dari hari ini saya ingin berkongsi dan mengajak anda secara ‘real time’ pengalaman sebenar dalam proses keluar dari masalah perniagaan. Saya sedang  menjalani proses pemulihan dengan bantuan daripada seorang usahawan hebat dan berjaya yang sangat saya kagumi. Beliau juga berjaya mengubah cara saya berfikir, memberikan keyakinan semula kepada saya untuk terus berjuang dan bangkit dari cabaran yang sedang saya hadapi sekarang ini. 

Menghadiri bengkel asas perniagaan anjuran beliau di Shah Alam membuka lebaran baru dalam hidup saya. Maka saksikanlah bagaimana cara saya menjalani Business Coaching dengan beliau dalam blog ini dari masa kesemasa. Saya akan kongsikan dengan anda semua maklumat, tips yang baik dan task-task yang perlu saya buat bagi menaikan semula perniagaan saya. Semoga menjadi pedoman kepada anda yang senasib dan seangkatan dengan saya.

Nantikan..


No comments:

Post a Comment