Friday, March 7, 2014



Real Time Business Coaching  
17 Jan 2014

Kali pertama Tuan Coach datang melawat kiosk saya di Lendu Alor Gajah Melaka, meninjau kelemahan dan kekuatan bisnes saya. Alahamdulillah..komen beliau sangat ringkas " Bisnes ni ok ni, cuma akaun kena betulkan balik". dan "Back to basic" 2 komen yang menaikan semangat saya semula dan akan cuba diperincikan kemudian.

Kali pertama berjumpa saya luahkan semua kekusutan, masalah dan kekangan yang menimpa. Nak jadi usahawan yang berjaya ni banyak mengalirkan air mata rupanya.orang lain nampak masa kita diatas sahaja.

Rupa-rupanya luahan saya tadi merupakan satu TERAPI yang mujarab. selepas saya lepaskan semua, saya rasa lega. Kepada kawan-kawan yang senasib, jangan malu untuk menceritakan masalah anda kongsikan dengan orang yang anda percayai dan anda yakin dia boleh membimbing. tidak semestinya dikalangan usahawan. yang paling mujarab mereka yang pernah gagal dan sudah bangkit semula. dekati orang2 ini. Segerakan! sebelum parah..



" Bisnes ni ok ni, cuma akaun kena betulkan balik". Mr Coach

Dulu yang saya belajar dan kenal perinsip akaun ini cuma untuk menyimpan data dan maklumat untung dan rugi syarikat sahaja. Sebagai contoh Aliran tunai atau cash flow nak tahu duit keluar dan masuk. P&L nak tahu untung dan Rugi syarikat. Memang ini yang saya faham dan semua orang faham. (tak salah sebab pensyarah yang bagi faham bukan orang bisnes, mereka orang akaun patuh pada nombor sahaja. Asalkan tally sudah la..)

Tapi bila Tuan Coach saya terangkan saya nampak lebih jelas dan sangat PENTING, beliau memperuntukkan masa 3 jam sehari hanya untuk membelek dan mengkaji Aliran tunai syarikat beliau. Perkara ini berlaku setiap hari. Berapa ramai yang pratikkan macam tuan coach saya buat? Biasanya sebulan sekali cukuplah. Masa nak audit, masa nak bayar cukai, masa nak bagi bonus baru la semak. Ini perkara yang pelik tapi sedap yang patut saya syer pada anda semua.


"Back to basic" Mr. Coach

Bila kita ditakdirkan jatuh dalam bisnes, kita akan rasa panik,cemas, risau dan buntu. Kita akan mencari jalan untuk menaikkan semula perniagaan tersebut. berbagai cara atau teknik baru akan dicuba. Produk baru pun mula dicari kononnya untuk mengantikan produk yang lama mungkin sudah lapuk. Tapi tindakan ini mungkin betul dan mungkin silap.

sebagai contoh pada saya sendiri, bila produk Ice Blended saya menurun akibat duplikasi produk yang banyak dipasaran, saya mula mencipta atau mencari produk pengganti bagi cubaan menaikkan semula jualan syarikat. saya cuba keluarkan Mee Kari Langat walapun sambutan menggalakan tapi hanya pada bulan puasa sahaja (pernah collect RM15,000++ pada Ramadhan 2012) tapi masih tidak boleh menjana pada bulan-bulan lain.

kemudian saya keluarkan Feeko Noodle, Feeko Burger, Feeko Roasted Chicken, Feeko Meatballs dan Feeko Lemonade. Semua produk ini pelanggan suka. cuma jumlah jualan masih tidak dapat menyamai pendapatan sebelum ini. apatah lagi untuk mengatasi pendapatan saya pada tahun 2009.

dek kerana sibuk untuk mencari produk pengganti, tugas-tugas asas atau perkara-perkara penting saya terlepas pandang. Akaun syarikat tidak dibuat dengan sepenuhnya, ambil mana yang perlu sahaja. Maklumat pelanggan tidak dikemaskini, kurang promosi atau iklan (mungkin juga faktor RM), mengabaikan pemuitang dan penghuntang, tidak fokus pada produk yang memberi keuntungan yang tinggi dan sebagainya.

Bila Mr Coach datang melawat ke kiosk saya, dia komen "back to basic" atau kembali kepada asas.

Task 1# - kemaskini semula akaun yang tertangguh dan rekod yang terkini. Ini yang paling asas! tanpa sistem akaun yang betul PASTI syarikat kita akan tersasar atau bungkus.

Task 2#- senaraikan produk yang paling laris dan produk yang mendatangkan keuntungan yang paling tinggi. jangan ragu-ragu buang produk yang kurang sambutan dan yang kurang margin keuntungan.

saya mulakan task yang diberi dengan mengemaskini akaun. rekod semua jualan, rekod inventori dan stok setiap hari. ketogerikan produk yang laris dan yang kurang sambutan. ketogerikan produk yang paling untung. bila dah dapat maklumat yang lengkap saya susun semula strategi seperti yang disarankan.

saya hanya kekalkan 24 menu sahaja daridapa 40 menu sebelum ini (masih ada lagi akan dikeluarkan, dalam pemerhatian). yang selebihnya saya simpan dulu mungkin ia sesuai untuk lokasi yang lain.

hasilnya memang mengkagumkan,walaupun jualan masih sama tapi beban tugas kurang 80%. kerja menjadi mudah, pekerja pun senang hati dan pelanggan suka sebab service cepat.

Mr Coach beritahu " 80% USAHA atau PRODUK yang kita buat, biasanya hanya mendatangkan 20% pulangan saja, tapi yang 20% lagi itulah sebenarnya membawa pulangan 80%. Fokus pada 20% saja!" akan diperincikan kemudian... tunggu..

P/S - kepada sesiapa yang berminat nak contoh borang rekod inventori (Prep Sheet) dan borang jualan mencari produk tertinggi boleh email saya (sangat sesuai untuk pengusaha restoran atau cafe). feekohaus@yahoo.com


Wednesday, March 5, 2014


Detik pertemuan dengan Si-pembuka jalan.

Disaat  terlalu kusut dan down memikirkan masalah perniagaan sendiri, hati mengajak untuk menyendiri jauh dari rakan-rakan, sahabat dan taulan. Seakan tiada jalan keluar. Rutin harian hanya meninjau ‘update status’ kawan-kawan dari jauh. 

Ramai yang menanjurkan supaya mendekatkan diri dengan Allah, minta pertolongan dengan Allah, cukupkan solat 5 waktu, mulakan solat Dhuha dan bermacam-macam lagi. Dah buat!..Namun masih belum ada petunjuk. Masih dalam kekusutan dan buntu tahap dewa.

Disebabkan terlalu ingin berubah dan buntu saya berserah pada Allah. Saya panjatkan doa di kotak carian Google yang berbunyi begini “ Ya Allah , tolong saya Ya Allah saya ada masalah perniagaan” . Alhamdulillah dimukasurat yang ketiga hasil carian, saya terjumpa blog Hidup Ringkas.com. saya mula terpaut pada isu-isu yang diposkan oleh siempunya blog. 

Dari sini saya mengenali En Shubhi. Orangnya memang ringkas. Pemikirannya tajam ideanya bernas dan setiap peyampaiannya mudah saya fahami. Kebetulan Hidup Ringkas akan mengadakan bengkel sulungnya pada 4 Jan 2014. Saya turut serta menghadiri bengkel tersebut. Alahmdulillah cara pemikiran saya berubah 360°  dan seakan mendapat semangat saya kembali untuk bangkit.

Moral- jangan putus asa minta pertolongan dengan Allah dan tidak semestinya doa yang anda panjatkan makbul serta merta.